Monday, 13 March 2017

2013 ---> 2017

Assalamualaikum. 

Yuyuaiman ingin berbicara. Setelah sekian lama menyepi. Menghilang. 2013 kepada 2017. 3 tahun sudah berlalu. Yuyu masih bujang? Jawapannya Ya. 

In a relationship? Yes. InsyaAllah. Doakan yang baik baik je untuk yuyu okay. 

Ayu ❤ Mazlan

Nota kaki : please, jangan muntah. Hehehe

Yuyu budak baru belajar nak bercinta ni. 

2013 --> ♤ masih menuntut di USIM
2017 ---> ♧ Alhamdulillah Guru di SRI SG RAMAL

okey. Diantara 2013 ---> 2017. Begitu banyak yuyu cari pengalaman. Nomad dari sini ke sana. Kesana kesini. 

2014 - yuyu tamat Degree di USIM. 

○ yuyu konvo bulan November 2014. Tamat semester Jun 2014. Yuyu duduk rehat di rumah. Lebih kurang 2 bulan di rumah. Tergerak hati mencari pekerjaan. Alhamdulillah, ada kawan cakap dekat Taski (ABIM) Sg. Ramal Dalam Kajang memerlukan guru taski secepat mungkin. Jadi, aku ambil peluang untuk timba pengalaman bekerja.
Selama 3 bulan yuyu di taski abim sg ramal. 

2015 - mengajar di Taski Bestari Al Hikmah Puchong.

○ Kemudian yuyu ditugaskan untuk mengajar di Taski Bestari Al Hikmah Puchong. Alhamdulillah genap setahun berkhidmat di situ. Pada akhir tahun 2015, mendapat panggilan untuk menyertai KURSUS EKSEKUTIF PRODUK HALAL DIBAWAH MISDEC MELAKA.

2016 - ♡ Kursus Eksekutif Produk Halal

○  kursus ini dijalankan selama 7 bulan. ( 4 bulan kursus , 3 bulan latihan industri ). Okey. Bla bla bla bla...... yuyu taknak cerita lagi. Kalau nak buka cerita, memang panjang. Jadi, untuk sementara ni. Abaikan dulu. Yuyu latihan industri di Sate Kajang Hj Samuri Marketing ( Bahagian office : halal auditor ). Alhamdulillah. Selesai 3 bulan, yuyu sambung bekerja dan sebagai penyelia kedai. Yuyu ditugaskan penyelia di cawangan RnR Dengkil Selatan. Yuyu tamat latihan industri awal bulan 8. Yuyu lapor diri bekerja pertengahan ogos. Bertahan bekerja di situ lebih kurang 4 bulan. Pada akhir bulan 12, yuyu mohon menjadi guru. Alhdulillah. Dipanggil temuduga dan diterima sebagai guru agama di SRI Sg. Ramal Kajang. 

2017 - ♢♢♢ Guru/Ustazah/Cikgu/Muallimah/Teacher

○ 3 Januari, aku telah melapor diri. Alhamdulillah. 

Yuyu dah penat bercerita. Bagi yuyu rehat dulu. InsuaAllah yuyu ada masa yuyu story lagi. Kisah  ayu dan mazlan. 

Sekian untuk hari ini. 

Yuyuaiman
9.43pm 
13/03/2017

Wednesday, 17 April 2013

the importance of knowledge in islamic perspective



hadith and quran verse that are connected

AL QURAN





1. Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists),
2. Has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
3. Read! And your Lord is the Most Generous,
4. Who has taught (the writing) by the pen [the first person to write was Prophet Idrees (Enoch)],
5. Has taught man that which he knew not.

reference : http://www.dar-us-salam.com/TheNobleQuran/surah96.html


AL HADITH

طلب العلم من المهدي الى اللهدي

( seek the knowledge from the cradle to the grave )




kata kata aluan

assalamualaikum to all the viewers

welcome to our world . we hope all the viewer can get more benefit and blessing from Allah.

firstly, we want to introduce our beloved group members who work hard to create this blog.

NORIZAH BINTI MHD NAWAWI


RAIHAN BINTI MOHD SA'UD


NORHASLINDA BINTI HASSAN


NURUL AIMAN BINTI RAMLI


HABIBAH BINTI ABAIDILLAH

this is our group members and we will describe about the important of our topic in daily life .










Tuesday, 9 April 2013

Wednesday, 20 March 2013

post kali kedua setelah sekian lama

assalamualaikum

hari ni aku memang kalut sangat sebab bangun lambat. tapi salah sendiri kot sebab alarm dah bunyi 6.30 pagi tapi tetap pejamkan mata. tapi nasib baik tak terlambat pergi kelas. yang spoil mood tadi sebab bas yang lambat. sebenarnya kami yang lambat katanya pakcik bas.

berebut nak naik bas kat sutera indah ni memang rutin harian. siapa cepat dia dapat balik awal. aku memang tak suke berebut. tapi disebabkan ade kelas pukul 8 maka terpaksa berebut lah. nasib baik la dapat duduk kat depan dashboard tu. melekat kat cermin depan tu.

okeylah.babai

Friday, 14 December 2012

percubaan kali ketiga dalam dunia blogger

assalamualaikum ..

alhamdulillah ini adalah percubaan kali ketiga dalam dunia blogger ini . walaupun penulisan aku ini tidak lah seberapa hebatnya jika nak dibandingkan dengan insan insan yang hebat dalam bidang penulisan ini . tetapi aku gagahkan dan cuba untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik . matlamatnya adalah sama dalam skop kehidupan kita hari ini . hidup di dunia ini penting dan paling utama adalah mencari keredhaan Allah . kita jangan malu untuk berubah . dan ada sesetengan insan yang berkata berkaitan dengan berhijrah ke arah kebaikan ,'' seru tak sampai lagi nak berubah '' . sebenarnya tak boleh macam tu . selagi kita hidup di muka bumi Allah ini , selagi bernafas dan dapat menghirup udara yang Allah kurniakan kepada hamba hambanya . bersyukurlah kepada Allah atas nikmat ini .

aku juga dulu sangat sombong bila ditanya bila mahu berubah . aku sering khilaf berkata bahawa apa yang aku buat ni betul je . tak perlu nak berubah .jangan salah faham . aku ni tidak lah jahat sangat . cuma aku berpakaian tidak menepati syariat islam . sedangkan aku tahu batasnya . betapa sombongnya aku diwaktu itu. alhamdulillah atas nasihat kawan kawan seperjuangan di usim ini yang sentiasa memberi contoh yang baik dari sudut pemakaian seorang muslimah . dan nature kami di usim adalah terjaga dari segi pemakaian . alhamdulillah .

dulu aku selalu leka dan sengaja untuk tidak memakai sarung kaki bila ingin keluar . sedangkan kaki juga aurat bagi seorang perempuan . susah sangat ke nak buat benda tu aiman !.kenapa cantik sangat ke kaki tu sampai nak tunjuk kat orang . terima kasih Allah kerana bagi aku peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik demi untuk menjaga diri ini . maknanya Allah sayangkan hambanya ini dan diberi kesedaran untuk berubah .lain kali jangan sombong aiman bila orang ajak kearah kebaikan . aku ingat lagi ayat yang aku selalu bagi mase sombong dulu , '' aku taknak hipokrit berlagak jadi baik , biarlah dengan pakaian aku macam ni , aku menutup aurat ape .''hahaha..lawaknye rase .

cerita aku ni dah tersasar . ni blog ketiga aku . dulu blog pertama masa aku belajar dunia blogger ni takde pengisisan sangat . jadi aku buat akaun blog baru la senang . aku nak utamakan pengisiannya sahaja . yang bling bling tu malas nak hirau sangat lah . yang penting penulisan tu .aku rasa setakat ini sahaja dulu post yang pertama ni .

terima kasih sudi membaca penulisan yang tak seberapa ini :)
wassalam